Tuesday, 30 October 2012

Exam Grafik Oh Grafik.....


Assalamualaikum,

Tadi kul 2:30petang 1st paper exam semester 2 pun bermula...paper Grafik Multimedia Kreatif dalam PSV...rasanya senjata yang dibawa cukup mantap untuk tempoh peperangan dan sudah bersiap sedia...tapi sangat kecewa dan sedih sebab soalan yang dibincang dalam kuliah bersama lecturer hanya keluar dalam bahagian esei sahaja...adus...harapan tinggal harapan...soalan lebih banyak tentang DSLR dan teknik dalam merakam imej/gambar...soalan direct tapi sebab bukan spot question, aku sedikit blur & tersungkur...tapi, aku positif..yg penting aku tak tinggalkan kosong pun untuk jawapan tadi...hentam je la,labu....mane tahu ade markah belas kesian ke...kikiki...jangan putus asa, yang lepas biarkan berlalu...usaha sudah dibuat, sekarang time to doa & tawakal kepada Allah...semoga peperangan seterusnya pada Khamis ni akan membuatkan dalam hati ada taman (^0^)

Chaiyok!!Chaiyok!!-Art Is FUN-

Tuesday, 23 October 2012

Exam datang lagi........

Tinggal beberapa hari lagi exam untuk semester 2 ni akan muncul tiba...Sekarang study week...masa ni la nak pulun semua ilmu yang telah diberikan oleh pensyarah sepanjang semester 2 ni...Paper exam pun bertambah...ade 4 paper this semester...Grafik Multimedia Kreatif dalam PSV paper Tn.Hj Taslim, Pedagogi PSV paper En.Manan, Psikologi Pendidikan paper En. Rosli dan Falsafah & Etika paper En.Mohtari...hope dapat cover all  topics utk semua subjek nie...Ya Allah, permudahkanlah setiap urusanku dan lapangkanlah hatiku...tajamkanlah akal fikiranku....amin.......

Pembentangan & Pameran Alam Sekitar

 Bergambar bersama ahli kumpulan tapi tak cukup korum dengan diorama yang cantik.
Thanks to Suhairati Jaafar for your effort.


 Penerangan & pembentangan kepada Puan Pengarah IPTHO, Puan Zaleha.


Sempat lagi berposing.


Sekitar Pameran Alam Sekitar yang dianjurkan oleh Encik Tokiap Tokimin, pensyarah Pendidikan Alam Sekitar kami sempena Program IPG Lestari dengan cogankata "IPG Pemangkin Masyarakat Lestari". Pameran ini telah disertai oleh tiga opsyen DPLI iaitu opsyen PSV, BC1 dan BC2. Kumpulan kami membuat kajian berkaitan mobiliti/pengangkutan di sekitar IPTHO. Pelbagai cabaran, dugaan dan pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih untuk semua sumbangan daripada rakan ahli kumpulan. Kak Salihin, Kak Yusmariza, Faizul & Suhairati. Bila diingatkan kembali kecoh betul kumpulan kita nie. Apapun, semoga kajian ini dapat kita bawa untuk ceritakan dan kongsi kepada masyarakat bertapa pentingnya menjaga alam sekitar kitar yang kian nazak ini. Semoga Encik Tokiap bagi kami semua A+++......amin ;-)

Thursday, 27 September 2012

Pembentangan blog & video montaj...

Alhamdulillah....selesai sudah pembentangan BLOG & VIDEO MONTAJ untuk kursus Grafik Multimedia Kreatif dalam Pendidikan Seni Visual (SVC2203) petang semalam...Hasil usaha keras, bersengkang mata dan dalam keadaan yang sangat padat jadual di IPTHO ini, saya gagahkan juga diri untuk siapkan tugasan daripada Tn Hj Mohd Taslim ini....hope my work will get A++ ye,En.Taslim......;-) -ART IS FUN-

Monday, 24 September 2012

Hasil Karya Pertama

Karya pertama ini adalah hasil kerja cikgu untuk semester satu semasa mengambil kursus DPLI. Teknik yang digunakan untuk menghasilkan karya ini adalah teknik catan, teknik kolaj dan teknik montaj.-ART IS FUN-